Khalifah Abu Bakar as-Siddiq Khulafa al-Rasyidin

Untuk rencana lanjut, sila lihat Abu Bakar

Semasa Muhammad sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan khawarij. Tentangan itu tamat selepas Ali Abi Talib membaiahkan Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.

Beliau wafat pada tahun 634.